Latar Belakang

Sejarah Koperasi

Penubuhan Koperasi

Koperasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1999. Dahulu dikenali sebagai Koperasi Kolej Islam Darul Ehsan Berhad (KOKISDAR). Sehingga kini, KOKISDAR telah mempunyai seramai hampir 350 orang ahli yang terdiri dari kakitangan KUIS. KOKISDAR telah dijenamakan semula sebagai KOKUIS pada 2016 seiring perkembangan dan Di awal penubuhannya operasi KOKISDAR bergantung pada jualan di Kedai Serbaneka, Kedai Fotostat dan jualan secara pesanan terutamanya dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

 

Projek Masakini

Sekarang, beberapa aktiviti perniagaan telah ditambah dalam profil KOKISDAR. Kami menyediakan sewaan kenderaan (van), perkhidmatan makmal siber (di KUIS), penganjuran konferens akademik (WorldConferences.net) dan penganjuran latihan serta kem motivasi. Kami juga telah membeli dua (2) premis perniagaan untuk disewakan; terletak di Taman Impian Putra Bangi dan Bandar Bukit Mahkota.

 

Rancangan Masa Depan

Beberapa aktiviti perniagaan lain juga telah dirancang. Koperasi KUIS akan menjalankan perniagaan stesen minyak, pusat dialisis, pemilikan lot kedai di Tesco Bandar Puteri dan perkhidmatan insuran kenderaan.

 

Perjalanan Operasi Harian

Koperasi KUIS sekarang telah menyediakan sebanyak dua belas (14) peluang pekerjaan. Terdapat seorang Pengurus untuk menyelenggara operasi perniagaan, empat (4) orang eksekutif untuk menguruskan seminar dan konferens, setiausaha pejabat dan pembantu akauntan, tujuh (7) orang pembantu kedai dan dua orang (2) pemandu.

Koperasi KOKUIS

No 12-1, Jalan Seri Putra
1/5 Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor Malaysia

+603 8922 9386

koperasi@kuis.edu.my

Kemas Kini Terkini

Copyright © 2020 Koperasi KUIS. All Rights Reserved.

Search