Latar Belakang

Aktiviti Koperasi

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1999, KOKISDAR telah mendapat sokongan yang sangat baik dari KUIS. Antara projek yang telah dianugerahkan kepada Koperasi KUIS adalah seperti berikut:

AKTIVITI TAHUN MULA SEHINGGA
Khidmat Kedai serbaneka 1999 sekarang
Khidmat Kedai Fotostat 2001 sekarang
Kontrak Sibercafe KUIS 2009 sekarang
Pembekal alat tulis 2000 sekarang
Sewaan Kedai di Taman Impian Putra 2010 sekarang
Pengangkutan Van  2013 sekarang
Vendor Cafeteria 2000 2004
Tender penaiktarafan Firewall KUIS  2010 2010
Pembekal Komputer 2000 2001
Khidmat Pembekalan Cadar & Sarung bantal  2003 2004

 

Fungsi Unit-Unit dibawah KOKUIS

 

KOKUIS ACADEMY - WORLDCONFERENCES.NET

Unit ini ditubuhkan bertujuan untuk menganjurkan persidangan pada setiap tahun, penganjuran persidangan adalah sebanyak 6 kali setahun. Tujuan penganjuran persidangan ini adalah untuk memberi peluang kepada pensyarah untuk membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan.

 

KOKUIS ACADEMY - LATIHAN

Unit ini beroperasi menyediakan latihan secara jangka pendek, korporat dan program motivasi secara berkala. Antara latihan yang dijalankan adalah Android Studio Training, Accounting for Entrepreneurs, Adobe Photoshop dan Flash for Mobile.

 

PERKHIDMATAN FOTOSTAT

Perkhidmat fotostat yang disediakan oleh pihak koperasi adalah untuk kemudahan kepada pensyarah dan pelajar KUIS untuk mendapatkan segala kemudahan berkaitan percetakan.

 

KEDAI SERBANEKA

Kedai serbaneka koperasi menawarkan perkhidmatan menjual peralatan seperti alat tulis, makanan ringan, peralatan kelengkapan asrama, ubat-ubatan dan majalah-majalah ilmiah. Perkhidmatan ini juga terbuka kepada semua pelajar dan pensyarah KUIS. Harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan sejajar dengan matlamat koperasi untuk memberi kebajikan kepada pelajar.

 

MAKMAL SIBER

Makmal siber menawarkan perkhidmatan melayari internet, penggunaan komputer untuk tujuan tugasan kuliah, percetakan dan pengimbasan dokumen. Makmal siber ini mempunyai 140 set komputer untuk kegunaan pelajar. Perkhidmatan ini diberikan selama 7 hari seminggu.

 

KHIDMAT PENGANGKUTAN

Khidmat pengangkutan ditawarkan kepada pelajar KUIS sebagai kemudahan pelajar untuk bergerak sekitar kampus dan kawasan luar kampus seperti ke stesen komuter dan kawasan sekitar Bandar Seri Putra. Selain itu, van yang dimiliki oleh koperasi KUIS boleh ditempah untuk sewaan dari pensyarah KUIS untuk kegunaan kegiatan luar. Koperasi juga telah membuat pembelian sebuah lagi van untuk menampung keperluan pengangkutan pelajar KUIS. Sekarang koperasi KUIS telah memiliki dua buah van untuk menampung keperluan pelajar KUIS.

 

Hartanah

Koperasi KUIS menubuhkan seksyen ini adalah untuk menyelia dan memantau semua projek hartanah yang terlibat. Aset hartanah milik Koperasi KUIS sekarang ialah dua buah rumah kedai 1 lot 2 tigkat di Taman Impian Putra dan 1 lot rumah kedai di Bandar Bukit Mahkota. Pengurus koperasi bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan asset hartanah berjalan lancar dari segi pembelian hartanah, penyewaan dan penyelenggaraan. Rumah kedai di Taman Impian Putra telah disewakan kepada Pasaraya Ban Soon dan Rumah kedai di Bandar Bukit Mahkota telah disewakan kepada Klinik Dr Nadira.

Koperasi KOKUIS

No 12-1, Jalan Seri Putra
1/5 Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor Malaysia

+603 8922 9386

koperasi@kuis.edu.my

Kemas Kini Terkini

Copyright © 2020 Koperasi KUIS. All Rights Reserved.

Search