WorldConferences.Net
Menganjurkan persidangan sebagai platform kepada pensyarah untuk membentangkan hasil kajian.
KOKUIS Academy
Menyediakan latihan secara jangka pendek, korporat dan program motivasi
secara berkala.
Kedai & Sewaan
Kedai serbaneka, percetakan, fotostat, homestay, bilik seminar, pengangkutan, khemah serta lain-lain.
Hartanah
Kini memiliki dua buah rumah kedai 1 lot 2 tingkat di Taman Impian Putra dan 1 lot rumah kedai di Bandar Bukit Mahkota.
Sejarah Koperasi KUIS
Koperasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1999. Dahulu dikenali sebagai Koperasi Kolej Islam Darul Ehsan Berhad (KOKISDAR).
Sehingga kini, KOKISDAR telah mempunyai seramai hampir 350 orang ahli yang terdiri dari kakitangan KUIS.
KOKISDAR telah dijenamakan semula sebagai KOKUIS pada 2016 seiring perkembangan dan Di awal penubuhannya operasi KOKISDAR bergantung pada jualan di Kedai Serbaneka, Kedai Fotostat dan jualan secara pesanan terutamanya dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Harapan KOKUIS
Koperasi KUIS dalam usaha untuk membangun dan dalam perancangan untuk mengembangkan segala jenis perniagaan yang diceburi. Oleh itu kami memerlukan sokongan dari pelbagai pihak terutama pihak pemberi dana pinjaman agar Koperasi KUIS dapat bertahan dan dapat merealisasikan impian penubuhan Koperasi KUIS.
Jom MASUK KUIS!
Jadikan KUIS Sebagai Landasan Bagi Merealisasikan Cita-cita Anda!
Berpaksikan motto “Peneraju Tradisi Ilmu”, KUIS telah bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan sesuai dengan keperluan zaman kini.